PUTRAJAYA: Malaysia dan United Kingdom (UK) telah mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama yang boleh dipelopori kedua-duanya dalam menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa.
Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini, berkata, ia diadakan ketika Perutusan Khas Kerajaan UK mengenai Migrasi dan Perhambaan Moden, Andrew Patrick mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 23 hingga 25 Feb lepas.
Menurut Sivakumar, Patrick menasihati industri sarung tangan getah tempatan untuk memantau amalan buruh paksa seperti elemen perhambaan hutang dalam rantaian perniagaan mereka susulan majikan atau khususnya pekerja asing dikenakan caj kos tersembunyi semasa proses pengambilan pekerja.
Dalam hal tersebut, katanya, Kementerian Sumber Manusia bersetuju dengan pandangan beliau dan akan mengambil langkah segera untuk menggunakan teknologi blok rantai bagi tujuan pemantauan ketelusan proses pengambilan pekerja asing supaya bebas daripada elemen berkait rapat dengan perlakuan buruh paksa.
Sivakumar berkata, beliau dimaklumkan UK telah bersetuju untuk menawarkan peluang latihan dan bina upaya kepada pegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia termasuk Sabah serta Sarawak dan juga kepada agensi penguatkuasaan lain.
"Satu lawatan susulan oleh pihak UK telah dijadualkan pada Mac kelak," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Malaysia dan United Kingdom telah mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama yang boleh dipelopori kedua-duanya dalam menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa, kata Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar. - Gambar fail BERNAMA
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan
Malaysia memulakan rentak cemerlang acara berpasukan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C.
Piala Asia: Malaysia atasi Indonesia, mara ke pusingan kedua
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara berjaya menempah slot ke pusingan kedua Piala Asia 2024 apabila melakar kemenangan dramatik 5-4 ke atas juara Sukan SEA 2023, Indonesia.
Piala Dunia ISTAF: Regu Malaysia juara dunia, tewaskan skuad Thailand
Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF, sebentar tadi.
Piala Dunia ISTAF: Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Lawatan kedua Anwar ke Jepun simbolik hubungan mapan dua hala 68 tahun
Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun dalam tempoh enam bulan jelas mencerminkan hubungan rapat selama 68 tahun antara Malaysia dan Jepun.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.